BM | EN | 中文

‘Suara Untuk Semua’ beri ruang pada calon PRN Melaka – Calon DUN Pengkalan Batu

N15-Pengkalan-Batu-Muhammad-Danish-Zainudin.jpg
Advertisement

MELAKA, 10 NOV: Pelaksanaan ‘Suara Untuk Semua’, inisiatif yang menyediakan platform calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menyebar luas mesej kempen mereka dilihat sebagai satu perkembangan dalam penyuburan demokrasi.

Menerima baik inisiatif tersebut, calon termuda DAP, Muhamad Danish Zainudin berharap, inisiatif ‘Suara untuk Semua’ itu dapat membantu para pengundi khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu untuk membuat pilihan yang terbaik dalam PRN ini.

“Ketika para calon dan jentera pilihan raya masing-masing berhadapan dengan kekangan luar biasa di bawah norma dan prosedur operasi standard (SOP) baharu akibat pandemik Covid-19, saya yakin bahawa inisiatif ini akan memberi ruang dan peluang yang adil kepada semua calon.

Advertisement

“…(ini) baik parti kerajaan atau pembangkang,” katanya, seperti dilaporkan Roketkini.

Muhamad Danish yang merupakan calon DUN Pengkalan Batu menambah, parti-parti yang pernah menjadi pembangkang untuk kian lama contohnya DAP dalam Pakatan Harapan, telah lama berjuang untuk memperoleh liputan yang adil dalam media arus perdana.

Menurutnya, ini merangkumi berita utama di televisyen, radio dan surat khabar.

Advertisement

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dengan kerjasama tiga organisasi media iaitu Astro AWANI, Sinar Harian dan Sin Chew Daily akan menyediakan platform khas kepada semua calon yang bertanding semasa PRN Melaka ketika ini.

Menerusi satu kenyataan bersama, inisiatif ‘Suara Untuk Semua’ itu terdiri daripada tiga komponen iaitu Suara Calon, khusus bagi setiap calon yang bertanding; Siaran Politik Parti iaitu untuk semua parti dan calon-calon bebas menyuarakan manifesto dan polisi masing-masing serta Dialog antara calon-calon Ketua Menteri Melaka.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top