BM | EN | 中文

Suara pembeli rumah di Pulai Hijauan terus diperjuangkan

dzulkefly-ahmad-ayub-jamil.jpg
Advertisement

GELANG PATAH, 5 OGOS: Dalam isu permasalahan penduduk di Pulai Hijauan telah dibawa ke peringkat seterusnya seperti yang dinyatakan sebelum ini kata Adun Kota Iskandar, Sr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, langkah-langkah untuk memperjuangkan suara penduduk di Pulai Hijauan telah dilakukan dengan pertemuan bersama Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ayub Jamil telah pun dijalankan.

Katanya, dalam pertemuan tersebut wakil Persatuan Pembeli Perumahan Komuniti Cucas Pulai Hijauan, wakil pihak pemaju Granduer Park Sdn Bhd dan pihak beliau telah bermesyuarat bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.

Advertisement

“Sepatutnya mesyuarat pertama diadakan pada 22 Julai 2020 tetapi terpaksa ditunda disebabkan pihak pemaju tidak dapat menghantar wakilnya.

“Mesyuarat kedua dijadualkan 3 Ogos 2020 turut tidak dihadiri oleh pihak pemaju dan saya bersama Exco bersetuju untuk mengadakan mesyuarat bersama pemaju iaitu pada Rabu 12 Ogos 2020.

“Saya mencadangkan untuk memfailkan kes kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Tuntutan maksima pampasan di TTPR adalah sebanyak RM 50,000.

Advertisement

“Saya turut mencadangkan untuk pihak pembeli membawa kes ke mahkamah bagi memperolehi satu penghakiman terhadap suatu jumlah pampasan yang munasabah dan berpatutan.

“Langkah seterusnya adalah membuat aduan kepada KPKT untuk menyenarai hitamkan pemaju perumahan Pulai Hijauan iaitu Granduer Park Sdn Bhd,” tegasnya.

Beliau yang merupakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor berkata cadangan membuat laporan rasmi berkenaan isu tersebut kepada Persatuan Arkitek Malaysia (PAM).

Advertisement

“Kita juga mahu mengetahui bagaimana arkitek yang bertindak sebagai Ketua Perunding pemaju boleh mengeluarkan perakuan CCC sedangkan bangunan tersebut tidak dibina mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

“Selain itu, dalam pertemuan tersebut, pihak Exco dan saya bersetuju untuk pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) melaksanakan pemeriksaan yang teliti ke atas bangunan rumah dua tingkat tersebut daripada aspek kerosakan yang dialami dan juga aspek keselamatan bangunan kediaman tersebut untuk diduduki,” tegasnya lagi.

Sebelum ini terdapat laporan menyatakan rumah di Taman Pulai Hijauan mengalami kerosakan teruk sehingga pembeli terpaksa membawa perkara ini kepada Adun Kota Iskandar.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top