BM | EN | 中文

[SUARA MAHASISWA] Surat terbuka buat Menteri Pengajian Tinggi

Mahasiswa-Belia-Harmoni-Surat-terbuka-buat-Menteri-Pengajian-Tinggi.png
Advertisement

Oleh : Usaid Asmadi

HARMONI Malaysia mengucapkan terima kasih atas kesudian Menteri untuk melaksanakan libaturus bersama dengan kepimpinan mahasiswa secara langsung untuk membincangkan tentang kemasukan mahasiswa ke IPT pada bulan Mac ini.

Ini adalah satu langkah yang wajar untuk terus diperkasakan dan digiatkan agar semua proses perbincangan dan pembuatan keputusan melibatkan mahasiswa sebagai oemegang taruh terbesar di dalam kampus.

Advertisement

Sebagai respon ruang yang dibuka oleh YBM untuk memberikan saranan berkenaan dengan kemasukan mahasiswa ke kampus, HARMONI Malaysia mencadangkan;

1. Kemasukan mahasiswa ke kampus dijalankan secara berperingkat mengikut keperluan. Keutamaan perlu diberikan kepada mahasiswa yang mempunyai keperluan mendesak untuk pulang ke kampus seperti mereka yang tidak mempunyai kemudahan untuk pembelajaran atas talian dan mahasiswa tahun akhir yang memerlukan akses kepada makmal untuk projek tahun akhir, serta kursus-kursus pengajian yang benar-benar memerlukan pembelajaran secara bersemuka seperti bidang perubatan, dan lain-lain.

2. Bagi senarai mahasiswa yang dibenarkan pulang ke kampus, boleh dikekalkan sebagaimana senarai sebelum ini kecuali mahasiswa kemasukan baharu bagi sesi 2020/2021. Mereka juga perlu dibenarkan untuk memilih samada masuk ke kampus atau terus kekal di tempat tinggal masing-masing.

Advertisement

3. Dilaporkan bahawa vaksin akan mula diberikan menjelang Februari 2021, maka KPT boleh utamakan pemberian vaksin kepada mahasiswa bagi mereka yang berisiko tinggi khususnya yang perlu menjalani praktikal di hospital dengan yang perlu menjalankan kajian di luar. Bagi mahasiswa yang lain, boleh diberikan kemudian mengikut kesesuaian dan keadaan.

4. Menetapkan tempat tinggal dan belajar yang berbeza bagi kumpulan mahasiswa yang berisiko tinggi dan berisiko rendah di dalam kampus.

5. Selain bidang-bidang pengajian yang memerlukan pembelajaran secara bersemuka, pembelajaran akan dijalankan secara atas talian untuk mengawal kepadatan mahasiswa di kampus seterusnya membolehkan penjarakan fizikal dijalankan dengan mudah dan berkesan. Namun, hendaklah dipastikan pengajian secara hibrid dilaksanakan dengan berkesan khususnya mereka yang mengikuti kuliah secara atas talian.

Advertisement

6. Kesemua mahasiswa, yang hendak pulang ke kampus perlu diwajibkan untuk menjalani ujian saringan COVID-19 khususnya yang datang daripada zon merah atau ada kontak rapat sebelum dikuarantin dalam tempoh yang ditetapkan. Proses ini penting untuk mengelakkan penularan kes COVID-19 di dalam kampus seperti yang telah berlaku di beberapa Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah, akibat daripada kesukaran untuk melakukan penjarakan fizikal di kolej-kolej kediaman dan asrama. Perhatian juga perlu diberikan kepada pensyarah dan staff pentadbiran yang sering keluar-masuk kampus.

7. Kos biaya ujian saringan untuk mahasiswa perlu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan untuk mengelakkan faktor kos menjadi penghalang mahasiswa untuk menjalani ujian saringan tersebut.

8. Sistem pengajian semasa semester baru juga perlu dikaji semula agar lebih mesra kepada situasi pengajian secara atas talian. Proses ini perlu melibatkan mahasiswa dalam setiap perbincangan dan pembuatan keputusan bagi memastikan kualiti pengajian dapat dikekalkan walaupun dilaksanakan secara atas talian.

Advertisement

HARMONI Malaysia berharap, perbincangan yang bersidang pada hari ini bersama kepimpinan mahasiswa dapat menatijahkan keputusan yang baik buat mahasiswa keseluruhan.

HARMONI Malaysia juga memohon agar setiap keputusan yang dibuat disertakan dengan justifikasi yang jelas dan kukuh.

Usaid Asmadi merupakan Presiden Persatuan Belia HARMONI Malaysia

Advertisement

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top