BM | EN | 中文

Suami isteri warga emas terperangkap banjir di Johor diselamatkan Bomba

Suami-isteri-warga-emas-terperangkap-banjir-di-Johor-diselamatkan-Bomba.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 APR: Pasangan suami isteri warga emas yang terperangkap akibat banjir kilat yang melanda Kampung Laut Batu 9 1/2 Skudai, dekat sini petang semalam, berjaya diselamatkan pihak bomba, malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai Mohd Riduan Akhyar berkata warga emas masing-masing berumur 80 dan 70 tahun itu diselamatkan dari rumah mereka yang digenangi air, ekoran hujan berterusan sejak tengah hari semalam.

“Sejurus menerima panggilan pukul 4.36 petang, usaha nnencari dan menyelamatkan kedua-dua mangsa dilakukan BBP Skudai dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Kempas dengan kekuatan 14 anggota.

Advertisement

“Pihak bomba bertindak memindahkan kedua-dua mangsa menggunakan bot aluminium ke kawasan selamat dan mereka kemudiannya dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Kampung Melayu Batu 10: katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi menyelamat selama tiga jam itu berakhir pada pukul 7.54 malam.

Terdahulu, Bernama melaporan di Taman Nusa Sentral Nusajaya, tiga lelaki berdepan detik cemas apabila Proton Exora dan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terperangkap dalam banjir kilat pada pukul 2 petang, semalam.

Advertisement

Komander Operasi Pegawai Bmba Kanan II BBP Iskandar Puteri Mohd Anuar Mohd Amdzah berkata seramai lapan anggota berserta sebuah jentera FRT digerakan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.46 petang.

“Ketiga-tiga lelaki yang terperangkap itu berjaya dibawa keluar dari kenderaan mereka. Operasi menyelamat ditamatkan pada pukul 3.31 petang,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top