BM | EN | 中文

SUAMI ISTERI SEPAKAT MENCURI

polis-jenayah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 SEPT: Sepasang suami isteri ditahan polis kerana mencuri barangan di sebuah kedai di Midvalley Southkey, Johor Bahru, kira-kira jam 10 malam semalam.

Kegiatan pasangan suami isteri tersebut, masing-masing berusia 53 tahun dan 49 tahun, berjaya dihidu pegawai keselamatan yang bertugas, menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais.

“Pihak polis telah merampas barang curian, iaitu 15 tin susu formula, stroller kanak-kanak dan beberapa barang lain,” kata Shahurinain.

Advertisement

Hasil soal siasat, pasangan tersebut mengaku ini kali kedua mereka mencuri barangan dari kedai berkenaan untuk dijualkan semula bagi mendapatkan wang.

Lelaki tersebut juga mempunyai dua rekod jenayah lampau atas kesalahan sama.

Menurut Shahurinain, kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, kerana mencuri dalam bangunan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top