BM | EN | 中文

Suami isteri positif Covid-19 di Johor pulih sepenuhnya

patient-01-scaled.jpg

Rakaman video dikongsikan di Facebook Dr Noor Hisham berkenaan reaksi pasangan suami isteri berkenaan yang gembira setelah dibenarkan pulang selepas sembuh Covid-19.

Advertisement

KUALA LUMPUR, 19 FEB : Sepasang suami isteri warganegara China yang positif koronavirus (Covid-19) dirawat di Hospital Permai, Johor Bahru sembuh sepenuhnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya memaklumkan pasangan tersebut merupakan kes ketujuh dan kelapan.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa kes ke-7 dan ke-8 positif Covid-19 iaitu sepasang suami isteri warganegara China yang dirawat di Hospital Permai, Johor Bahru telah sembuh sepenuhnya.

Advertisement

“Di mana keputusan ujian ulangan dua kali berturut-turut adalah didapati negatif. Kedua-dua pesakit telah dibenarkan pulang petang tadi.

“Dengan itu, kesemua kes positif Covid-19 yang dirawat di Hospital Permai, Johor Bahru telah sembuh sepenuhnya dan telah discaj,”katanya dalam kenyataan dikongsikan, semalam.

Beliau juga turut berkongsi ramakan video reaksi pasangan suami isteri berkenaan yang gembira setelah dibenarkan pulang selepas sembuh dari wabak itu.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top