BM | EN | 中文

Suami isteri cedera tersepit dalam kemalangan babit kereta dan lori

kemalangan-kereta-1-01-scaled.jpg

Keadaan kereta yang dinaiki pasangan suami isteri tersebut selepas terlibat kemalangan.

Advertisement

KULAI, 12 JAN : Sepasang suami isteri cedera selepas tersepit akibat kemalangan membabitkan kereta dinaiki mereka dengan sebuah lori di Jalan Felda Inas – Bandar Tenggara, di sini pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Khairi Zainuddin yang juga merupakan ketua balai berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 8.14 pagi.

Katanya, seramai 11 anggota dengan sebuah jentera dan sebuah kenderaan EMRS dihantar ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Setibanya Pasukan Tindakan Operasi (PTO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta Perodua Kelisa yang telah bergesel dgn sebuah lori Hino.

“Kemalangan itu menyebabkan kereta berkenaan terbabas ke tepi jalan. Pemandu dikenali sebagai Badrulhisham Mohamed, 21 dan penumpang Siti Aisyah Shafie, 25 tersepit akibat pelanggaran tersebut.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di hantar ke Hospital Kulai menaiki jentera EMRS bomba dan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Tambah beliau, pemandu lori bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala operasi ditamatkan pada jam 8.40 pagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top