BM | EN | 中文

Suami isteri antara tujuh ditahan edar, seludup dadah RM4.2 juta di Johor

Suami-isteri-antara-tujuh-ditahan-edar-seludup-dadah-RM4.2-juta-di-Johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 OKT: Sepasang suami isteri warga tempatan antara tujuh individu yang ditahan, kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah bernilai RM4.2 juta, menerusi serbuan di empat buah rumah di sekitar bandar raya ini antara 21 hingga 28 Okt lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Razarudin Husain berkata pasangan itu ditahan bersama tiga lelaki tempatan, dua wanita termasuk seorang warga China yang kesemuanya berumur antara 39 hingga 48 tahun.

Beliau berkata menerusi serbuan itu pihaknya merampas sebanyak 115.1 kilogram dadah jenis syabu, 528 gram (g) ketamin, 52.8g ekstasi, 91.8g mushroom,10.5g eramin 5 dan 9.17g pil yaba

Advertisement

Menurut bellau suami isteri berusia 41 dan 48 tahun itu dipercayai berperanan sebagai dalang sindiket terbabit, dan telah aktif menyeludup dan mengedar dadah sejak pertengahan tahun ini.

“Dadah ini dipercayai diseludup dari negara jiran menerusi utara Semenanjung dan dipasarkan untuk pasaran tempatan dan juga antarabangsa.

“Rumah yang diserbu itu pula dijadikan tempat untuk membungkus semula dadah berkenaan. Kita anggarkan kesemua dadah yang dirampas itu boleh digunakan seramai 587,222 penagih dadah di negara ini,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Advertisement

Razarudin berkata hasil ujian air kencing mendapati enam daripada mereka termasuk pasangan suami isteri itu positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, manakala lima daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Beliau berkata lima buah kereta bernilai RM363,000, wang tunai RM6,870, seutas rantai emas bernilai RM1,300 dan 11 akaun bank berjumlah RM318,431 turut disita.

Kesemua individu terbabit ditahan reman bermula 22 Okt hingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 398 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top