BM | EN | 中文

SUAMI DAN ISTERI DITAHAN CUBA PECAH KERETA

polis-jenayah.jpg
Advertisement

KULAI, 19 NOV : Tindakan suami dan isteri cuba melakukan perbuatan khianat dengan memecah cermin sebuah kereta di Jalan Beringin 2 dekat Taman Beringin, Senai, di sini akhirnya mengundang padah apabila mereka tertangkap, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, bagaimanapun, kedua-dua mereka gagal mencuri kerana tindakan tersebut telah disedari individu lain.

“Seorang lelaki telah datang ke Balai Polis Senai, Ahad lepas kira-kira jam 7.22 malam untuk membuat laporan polis.

Advertisement

“Lelaki berkenaan memaklumkan pada hari sama sebaik beliau pulang ke rumah kira-kira 5.15 petang mendapati cermin bahagian hadapan sebelah sisi kiri keretanya jenis Proton Saga berwarna coklat telah dipecahkan.

“Cubaan curi gagal kerana kejadian tersebut telah disedari jiran dan bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek berjaya dicekup sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai semalam, kira-kira jam 11.45 pagi di Hotel Fu Wah dekat Senai, di sini,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beng Yeow berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki berusia 34 tahun itu mengaku melakukan kejadian tersebut.

Advertisement

“Manakala, suspek perempuan berusia 34 tahun pula mengaku ada bersama ketika kejadian tersebut,” katanya yang memberitahu motosikal jenis Honda turut dirampas.

Beliau berkata, rampasan telah dibawa ke IPD Kulai untuk siasatan lanjut dan dimasukkan ke dalam lokap IPD Kulai.

“Siasatan juga mendapati, suspek lelaki itu mempunyai satu rekod lampau bersabit Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Advertisement

“Kedua-dua saspek juga didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top