BM | EN | 中文

STOR TERBAKAR DI AYER HITAM

IMG-20191219-WA0006.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 19 DIS : Sebuah stor di Jalan Pusat Pertanian, Batu 1, Ayer Hitam terbakar dalam kejadian tengahari semalam.

Pegawai Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Pegawai Bomba Mustafa Yusuf berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 12.59 tengahari sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama enam anggota.

“Setibanya pasukan bomba dan penyelamat di tempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran sebuah stor jenis kekal berukuran 20x15x10 kaki.

Advertisement

“Kesan kebakaran memusnahkan 60 peratus daripada keseluruhan stor tersebut.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca dan anggaran masih dalam siasatan. Pihak bomba menamatkan operasi pada jam 2.14 petang,”katanya dalam satu kenyataan.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top