BM | EN | 中文

Stor menyimpan pakaian di pasaraya terkemuka terbakar

stor-terbakar-01-scaled.jpg

Keadaan stor menyimpan pakaian di sebuah pasaraya terkemuka di Jalan Seladang, Taman Abad di sini yang terbakar tengahari tadi.

JOHOR BAHRU, 5 JAN : Stor menyimpan pakaian di sebuah pasaraya terkemuka di Jalan Seladang, Taman Abad, di sini terbakar tengahari tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Johor Bahru, Timbalan Penguasa Bomba, Suhaimi Jamal berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 12.54 tengahari.

Katanya, seramai 14 anggota dengan dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Turut membantu sembilan anggota dengan sebuah jentera dan kenderaan EMRS dari balai bantuan BBP Tebrau.

“Kebakaran berkenaan melibatkan stor menyimpan pakaian jenis kekal. Kesan kebakaran memusnahkan 15 peratus daripada keseluruhan stor tersebut.

“Kebakaran telah dipadamkan oleh orang awam menggunakan hosreel sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, anggaran kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan jam 2.49 petang.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top