BM | EN | 中文

STFC sedia bantu warga emas Selangor daftar vaksinasi Covid-19

STFC-sedia-bantu-warga-emas-daftar-suntik-vaksin-Covid-19.jpg

Peserta membuat pendaftaran sebelum membuat saringan ketika program Ujian Saringan Komuniti secara bersasar di Dewan Bestari Jaya, Kuala Selangor, 21 Mac lalu (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 22 MAC: Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) sedia membantu warga emas negeri itu mendaftar terima suntikan vaksin Covid-19 bagi memastikan mereka tidak tercicir.

Pengerusi STFC, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ia kerana masih terdapat kira-kira 90 peratus golongan berkenaan belum mendaftar.

Jelasnya, perkara itu berlaku disebabkan sebahagian daripada mereka tidak mempunyai akses aplikasi MySejahtera, kekangan internet selain tidak mengetahui cara pendaftaran secara digital.

Advertisement

Justeru, pihaknya menerusi kerajaan Selangor akan membantu golongan terbabit membuat pendaftaran melalui pelbagai platform digital dan secara manual.

“Kerajaan negeri masih di peringkat penyelarasan dan peringkat permulaan ini kita akan membantu pendaftaran suntikan vaksin,” katanya lapor SelangorKini.

Pada masa sama, Dr Dzulkefly berkata pihaknya akan turut bekerjasama dengan pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi membantu pendaftaran vaksin.

Advertisement

“Pengerusi MPKK akan diberi pendedahan cara bagaimana untuk membantu pendaftaran bagi mereka yang belum mendaftar dengan menggunakan aplikasi atau terus melalui laman web disediakan,” katanya.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top