BM | EN | 中文

Steven Sim kemuka sepuluh cadangan Belanjawan 2021 kepada KBS

Steven-Sim-kbs-bukit-mertajam.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 NOV: Bekas timbalan menteri belia dan sukan, Steven Sim mengemukakan sepuluh cadangan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi Belanjawan 2021.

Steven menerusi laman web beliau berkata, sepuluh cadangan itu adalah tambahan kepada Belanjawan Perpaduan yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan (PH) dan DAP.

Katanya, meskipun bukan semua di bawah bidang kuasa KBS, perkara-perkara yang dicadangkan itu katanya memberikan kesan secara langsung kepada sektor belia dan sukan.

Advertisement

Sepuluh cadangan itu adalah seperti berikut:

1) Melanjutkan tempoh moratorium pembayaran balik PTPTN selama enam bulan lagi selepas Disember 2020 dan menyelaraskan semula had gaji minimum kepada RM4,000 sebelum pembayaran balik dimulakan.

2) Pelepasan cukai pendapatan bagi pembelian komputer dan alat bantuan pembelajaran atas talian sehingga dua orang anak setiap isi rumah.

Advertisement

3) Menerus dan mengembangkan dasar MalaysiaKerja untuk memberi insentif pengambilan pekerja kepada majikan dan pekerja untuk mengurangkan pengangguran belia.

4) Membina rumah mampu milik untuk golongan belia melalui pembangunan semula tanah-tanah terbiar kerajaan terutamanya yang melibatkan kemudahan belia dan sukan yang terbengkalai. Projek pembangunan ini boleh dilaksanakan dengan kerjasama pihak swasta melalui kaedah tender terbuka.

5) Insentif peningkatan kemahiran kendiri sehingga RM500 sebulan kepada belia yang mengikuti sebarang program, kursus dan latihan berasaskan peningkatan kemahiran kendiri untuk tujuan pekerjaan dan perniagaan.

Advertisement

6) Memperluas Geran Khas Prihatin RM3,000 one-off untuk merangkumi golongan belia yang berminat dan serius untuk memulakan perniagaan kecil.

7) Geran Khas One-Off sehingga RM100,000 untuk Persatuan-Persatuan Belia Kebangsaan di bawah MBM bagi aktiviti belia berkaitan pengurusan Covid-19, serta meningkatkan geran aktiviti untuk persatuan-persatuan belia di semua peringkat.

8) Dana Kelangsungan Perniagaan Industri Sukan untuk perniagaan berkait dengan industri sukan dan rekreasi seperti pengusaha gym, gelanggang futsal, terapi sukan, kejurulatihan, peralatan sukan dan sebagainya yang terjejas disebabkan krisis COVID-19.

Advertisement

9) Geran Khas One-Off sehingga RM100,000 untuk Persatuan Sukan Kebangsaan dan geran aktiviti untuk persatuan-persatuan sukan lain di semua peringkat bagi memastikan kesinambungan pembangunan sukan. Peruntukan RM3 juta kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bagi memperluas jaringan keselamatan dan kebajikan bekas atlet negara.

10) Pelepasan cukai kepada syarikat yang memberikan keahlian gym ataupun kelab sukan yang lain kepada pekerja mereka, menganjurkan program sukan dan menaja sukan, untuk menggalakkan kecergasan fizikal dan kecerdasan mental.

Beliau yang juga ahli parlimen Bukit Mertajam berkata, cadangan itu mengambilkira keperluan golongan belia dan sektor sukan negara berdepan cabaran wabak Covid-19.

Advertisement

“Saya berharap KBS sebagai kementerian yang bertanggungjawab ke atas sektor ini akan memperjuangkan 10 cadangan ini bersama kementerian lain yang berkaitan.

“Bagi membiayai sepuluh cadangan ini, belanjawan sedia ada KBS boleh diperuntukkan semula disebabkan program-program besar yang mungkin tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya pada tahun hadapan, contohnya MFLS (RM100 juta), dan melalui peruntukan-peruntukan khas daripada “sugar tax” (RM30 juta), “gaming tax” (RM40 juta) dan sebagainya.

“Namun, jika belanjawan KBS sedia ada tidak mencukupi, saya akan menyokong Datuk Seri Reezal Merican (Menteri Belia dan Sukan) untuk mendapatkan peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan bagi memastikan pelaksanaan sepuluh cadangan itu,” katanya.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top