BM | EN | 中文

Stesen minyak disiasat susulan tular lelaki isi minyak bersubsidi pada kenderaan asing

CRJ-01-01-scaled.jpg

Tular tentang seorang lelaki mengisi minyak petrol RON95 pada kenderaan nombor pendaftaran asing di salah sebuah stesen minyak di Johor Bahru pada Khamis lalu

Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 JAN : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor memandang serius akan aspek penjualan minyak petrol RON95 bagi kenderaan nombor pendaftaran asing.

Exco Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dr S Ramakrishnan berkata, pihak KPDNHEP Johor menerima aduan susulan penularan klip video memaparkan seorang lelaki mengisi minyak petrol RON95 pada kenderaan nombor pendaftaran asing di salah sebuah stesen minyak di bandaraya pada Khamis lalu.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor telah menerima aduan daripada orang ramai melalui sistem E-Aduan dan telah mengambil tindakan segera untuk menangani isu itu.

Advertisement

“Pada keesokan harinya Jumaat, sepasukan pegawai penguatkuasa dari KPDNHEP Johor telah melakukan pemeriksaan terhadap stesen minyak yang diadu.

“Hasil pemeriksaan dan siasatan dilakukan mendapati bahawa lelaki yang mengisi minyak petrol RON95 pada kenderaan asing dipercayai menggunakan sistem kad kredit layan diri di pam untuk mengisi minyak pada hari tersebut,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, siasatan sedang dibuat ke atas stesen minyak terbabit di atas kesalahan gagal mematuhi arahan Pengawal Bekalan.

Advertisement

Jelasnya, pemilik stesen telah diarahkan untuk hadir ke KPDNHEP Johor bagi merekod rakaman percakapan dan siasatan lanjut.

Kes disiasat dibawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 dimana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman pada individu denda tidak melebihi RM1,000,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

Manakala, bagi kesalahan kedua dan berikutnya denda tidak melebihi RM3,000,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

Advertisement

“Sementara hukuman bagi syarikat, denda tidak melebihi RM2,000,000 dan bagi kesalahan kedua dan berikutnya denda tidak melebihi RM5,000,000.

“Kementerian juga mengucapkan ribuan terima kasih atas segala maklum balas dan kerjasama yang diberikan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top