BM | EN | 中文

Stesen kuarantin di Johor ditutup, PUS jalani kuarantin wajib 14 hari di kediaman

Exco-Jawatankuasa-Kesihatan-dan-Alam-Sekitar-negeri-Johor-R-Vidyananthan.jpg

Exco Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 JUN: Bermula 10 Jun, stesen kuarantin telah diwartakan di seluruh negeri ini telah ditutup, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan.

Katanya individu berstatus Individu Dalam Pemerhatian (PUS) warganegara dan bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia seperti penduduk tetap, Dependant, MM2H, Diplomat, Expat yang masih berada di pusat kuarantin dan disahkan negatif COVID-19 akan menjalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari di kediaman masing-masing.

“Sekiranya Individu berstatus PUS tersebut ingin meneruskan kuarantin di hotel, kos kuarantin akan ditanggung sepenuhnya oleh individu terbabit.

Advertisement

“Semua individu yang berstatus PUS turut dikehendaki memuat naik dan mendaftar di aplikasi MySejahtera dan wajib dikuarantin di alamat yang telah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepertimana yang dinyatakan dalam MySejahtera.

“(Ini) termasuk di rumah sewa atau hotel pilihan sendiri, dengan kos kuarantin ditanggung sepenuhnya oleh individu itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, berikutan tiada lagi pusat kuarantin yang akan disediakan oleh kerajaan, maka semua PUS sama ada warganegara atau bukan warganegara yang sedang menjalankan kuarantin di hotel atau Institut Latihan Awam (ILA) perlu didaftar.

Advertisement

“Berhubung pengumuman Menteri Kanan Pertahanan yang mengatakan bahawa Mesyuarat Khas telah bersetuju membenarkan rakyat Malaysia untuk berulang-alik atas urusan kerja dan bersedia menjalankan ujian COVID-19.

“Tatacara implementasi berhubung perkara itu masih dalam perbincangan di peringkat kerajaan.

“Justeru, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) berpendapat beberapa perkara wajib di tentukan dan arahan ini terpakai untuk warga Malaysia yang bekerja di Singapura,” tambah beliau.

Advertisement

Antara perkara yang telah ditetapkan termasuklah status ujian saringan COVID-19. Ujian tersebut yang menunjukkan keputusan negatif mestilah disediakan sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga hari.

“Sekiranya tiada, pengembara akan dikuarantin di rumah sebagaimana SOP pintu masuk antarabangsa yang biasa.

“Saringan suhu kekal dijalankan oleh pihak RELA dan Agensi Pertahanan Awam (APM) di pintu masuk antarabangsa apabila kelulusan diterima,” ujarnya lanjut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top