BM | EN | 中文

Status permohonan tanah penduduk Kampung Petani, Batu Pahat jadi tanda tanya

Kg-Petani-Khairuddin-Senggarang.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 22 SEPT: Isu status petempatan di Kampung Petani membabitkan 72 keluarga masih menjadi tanda tanya, menurut Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim

Khairuddin berkata, isu status kawasan itu dan permohonan penduduk kampung tersebut telah dibawa pada Julai 2018 lalu ke Mesyuarat Tindakan Daerah Batu Pahat.

Katanya, perkara itu turut dibawa kepada Menteri Besar (MB) Johor ketika itu, Datuk Osman Sapian pada Julai 2018, namun masih tidak ada penyelesaian yang dilakukan.

Advertisement

“Saya turut membawanya ke sidang Dun Johor pada 10 dan 13 September baru-baru ini dan telah menerima jawapan yang sungguh mengecewakan dari MB Johor Dato Hasni (Mohamad).

“Beliau menyatakan bahawa isu perkampungan ini tidak pernah dibangkitkan.

“Kata MB ia tidak pernah dibangkitkan di mana-mana Mesyuarat Tindakan Daerah, walhal telah diajukan kali terakhir oleh saya sendiri pada 25 Julai 2018.

Advertisement

“Adalah tidak wajar perkara ini dikesampingkan dan berharap suatu tindakan jujur dan ikhlas untuk menyelesaikan masalah yang berlarutan sekian lama,” tegasnya.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata, perbincangan bagi menyelesaikan permasalahan kampung ini perlu dilakukan segera.

Ia berikutan penduduk semakin resah dengan nasib mereka.

Advertisement

“Mereka telah tinggal di sini sejak lebih 50 tahun yang lalu dan kebanyakannya orang Melayu. Kali terakhir mereka mengajukan permohonan penempatan kekal kepada pejabat tanah adalah pada tahun 2012.

“Mereka juga telah mengadakan pertemuan dengan mantan MB Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan mantan wakil rakyat Datuk Ariss Samsudin tetapi tiada penyelesaian.

“Kita mendesak kerajaan hari ini agar menyelesaikan segera permasalahan kampung ini.

Advertisement

“Kita mahu menyelamatkan penduduk di sini agar nasib mereka terbela, tidak seperti hari ini yang seperti tergantung tidak bertali,” tegasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top