BM | EN | 中文

Status agama Illi Najwa Saddique, kerajaan diminta dedah hal sebenar

aminolhuda-hassan.jpeg

Aminolhuda Hassan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 DIS: Kerajaan hari ini didesak bagi menyatakan perihal sebenar berhubung perkahwinan yang menimbulkan kontroversi antara individu dari Johor Illi Najwa Saddique dengan pemain hoki dari negara India, Manpreet Singh Pawar.

Pengerusi Parti Amannah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan yang mahu kerajaan menjelaskan beberapa persoalan yang timbul di kalangan rakyat.

“Adakah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ) atau JAKIM dimaklumkan mengenai pernikahan ini dan apa perkara sebenarnya tentang permohonan itu dibuat?

Advertisement

“Dalam soalan lain, kebenaran dari pihak mana sehingga Illi Najwa boleh berangkat keluar negara serta mengadakan upacara perkahwinan di sana sedangkan ketika musim Covid-19, SOP yang ditetapkan begitu ketat?

“Apakah benar upacara pernikahan itu berlangsung seperti yang disebarkan dan apa tindakan JAIJ atau JAKIM kepada majlis upacara tersebut?” kata Aminolhuda.

Beliau yang merupakan Adun Parit Yaani dan juga mantan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Johor, berkata kerajaan tidak perlu mengambil langkah untuk menutup kebenaran kepada rakyat di negara ini.

Advertisement

Tambahnya, Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri juga perlu menjawab berkenaan dengan hal tersebut.

“Saya bimbang sekiranya perkara ini tidak diselesaikan dengan baik maka ia akan menjadi dorongan kepada orang ramai untuk mengikut jejaknya.

“Dalam pada itu usaha untuk mendiamkan diri juga bukan suatu yang baik untuk diambil oleh kerjaaan,” jelasnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top