BM | EN | 中文

Statistik jenayah Kota Tinggi 2019 menurun

Ahsmon-Bajah-e1578217826150.jpg

Ahsmon Bajah

Advertisement

KOTA TINGGI, 8 JAN : Statistik jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Polis Kota Tinggi menurun sebanyak 37 kes pada tahun 2019 berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, statistik jenayah sepanjang tahun 2018 menunjukkan terdapat sebanyak 540 kes direkodkan.

Katanya, manakala bagi tahun 2019 sebanyak 503 kes direkodkan yang sekaligus menunjukkan penurunan sebanyak 6.85 peratus.

Advertisement

“Penurunan itu melibatkan kes kecurian lori atau van di mana pada 2018 sebanyak 13 kes direkodkan sementara 2019 menurun sebanyak tiga kes menjadikan jumlahnya 10 kes.

“Kes kecurian kereta turun daripada 48 kes kepada 32 kes, kes kecurian motosikal turun dari 200 kes kepada 185 kes dan kes pecah rumah daripada 107 kes turun kepada 100 kes,” katanya dalam satu kenyataan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top