BM | EN | 中文

Stadium Sultan Ibrahim dipilih sebagai ‘Stadium Of The Year 2020’.

Stadium-Sultan-Ibrahim-Johor-JDT.jpg

Gambar Ehsan Blog obsesbola

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 12 MAC: Stadium Sultan Ibrahim yang terletak di Iskandar Puteri dipilih sebagai ‘Stadium Of The Year 2020’.untuk kategori undian awam, menurut laman StadiumDB.com

Stadium Sultan Ibrahim menjadi venue pertama di negara ini yang tercalon bagi undian di laman web yang berpangkalan di Poland itu.

“Stadium serba canggih milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim telah dipilih sebagai pemenang ‘Stadium Of The Year 2020’ untuk kategori undian awam.

Advertisement

“Dengan undian menerusi laman web StadiumDB.com yang berpangkalan di Poland ini, Stadium Sultan Ibrahim menerima 64,240 mata mengatasi Stadium Allegiant di Las Vegas dan Stadium Ahmad bin Ali di Qatar. Luaskan Kuasamu Johor,” menurut kenyataan akaun Facebook rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers.

Stadium Sultan Ibrahim dibuka secara rasmi pada 22 Februari 2020, dengan upacara pecah tanah dilakukan pada Januari 2016.

Difahamkan, pembinaannya ditangguhkan beberapa bulan susulan pelarasan yang dibuat oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkenaan lokasi stadium, aspek teknikal dan reka bentuk.

Advertisement

Dengan kos RM200 juta di Iskandar Puteri, stadium ini menjadi gelanggang ikonik buat skuad Harimau Selatan, menggantikan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di Larkin.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top