BM | EN | 中文

“Stadium 8,000 orang boleh buka, untuk 222 ahli parlimen bila lagi?

lim-lip-eng.png

Lim Lip Eng (Gambar Ehsan NST)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 19 MAC: Ahli parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, jika kerajaan yakin penonton sukan bola sepak mampu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, maka tiada alasan Parlimen tidak boleh bersidang.

Beliau dalam satu hantaran di laman facebook semalam mempersoalkan tindakan kerajaan yang terus menggantung sidang Parlimen ketika ada sektor lain dibuka, meski pun melibatkan kehadiran orang ramai di dalam sesebuah premis.

“Agak merepek untuk Malaysia kekal dalam tempoh darurat, tetapi sukan bola sepak boleh ditonton di stadium.

Advertisement

“Makin banyak pula sektor boleh beroperasi, tetapi parlimen tak boleh bersidang.

“SOP untuk pantau dan urus 222 ahli parlimen sudah terang lagi bersuluh lebih senang daripada memantau dan mengurus 8,000 orang di stadium bola,” kata Lip Eng.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri sebelum ini mengumumkan MKN bersetuju membenarkan penyokong bola sepak menonton perlawanan sukan itu di stadium berkuat kuasa 1 April

Advertisement

MKN menetapkan syarat hanya 10 peratus atau 2,000 kehadiran tontonan daripada kapasiti penuh stadium bagi negeri yang berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dalam pada itu kata Lip Eng, banyak sektor telah dibenarkan beroperasi dan itu membuktikan Malaysia bukan lagi dalam keadaan darurat.

“Kalau betul Malaysia berada di dalam situasi darurat, apakah logik perlawanan bola sepak, majlis perkahwinan besar-besaran, dan majlis hiburan seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) dijalankan? soal Lip Eng lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top