BM | EN | 中文

SRIKANDI BERSATU KE TANJUNG PIAI BERI PENERANGAN

rina-harun-prk-tg-piai.jpg
Advertisement

PONTIAN, 15 OKT: Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Rina Harun berkata, sayap wanita parti itu akan turun ke Tanjung Piai untuk memberi penerangan berkenaan dasar dan program yang telah dilaksanakan kerajaan di kawasan parlimen itu.

“Kita akan berjumpa dengan pengundi untuk meyakinkan kepada rakyat tentang dasar yang telah dilaksanakan.

“Bukan sekadar apa yang akan dilaksana, tetapi apa yang telah pun dilaksanakan. Ini kerana banyak bakti dan khidmat arwah (Datuk Dr Mohd Farid Rafik) kepada penduduk Parlimen Tanjung Piai ini,” kata Rina.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program penyerahan 23 geran berjumlah RM10,000 kepada 23 wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan parlimen berkenaan untuk digunakan bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

Tambah Rina, jentera kempen wanita adalah penting kerana golongan itu mampu menembusi ke kawasan akarumbi di parlimen Tanjung Piai, manakala pilihan kaum wanita turut mampu mempengaruhi keluarga mereka.

“Kita akan menemui seramai mungkin pengundi-pengundi,” kata Rina lagi.

Advertisement

Pilihanraya kecil (PRK) Tanjung Piai 16 November depan merupakan yang ke-9 selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ia bakal diadakan berikutan kekosongan kerusi Parlimen tersebut selepas penyandangnya, Dr Md Farid Md Rafik, 42 tahun, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, meninggal dunua di Hospital Pontian, pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Allahyarham, yang juga Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai, memenangi kerusi itu pada PRU14 dengan majoriti 524 undi selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS).

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top