BM | EN | 中文

SPRM tahan penolong pegawai JAINJ di Segamat, disyaki terima rasuah

SPRM-MACC.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 JUN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Segamat menahan seorang penolong pegawai hal ehwal Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah lebih RM130,000.

Menurut laporan Bernama wanita berusia 37 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor, kira-kira pukul 3 petang semalam bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, siasatan mendapati suspek meminta dan menerima wang rasuah daripada beberapa orang kontraktor sebagai balasan kerana mendapatkan kerja-kerja bekalan di JAINJ.

Advertisement

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun jika sabit kesalahan.

Pengarah SPRM negeri Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top