BM | EN | 中文

SPRM tahan pembantu tadbir dari Kluang

SPRM-MACC.jpg

KLUANG, 13 FEB: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan sepasang suami isteri, bagi membantu siasatan penyalahgunaan kuasa dan tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM40,000.

Menurut sumber, suspek wanita berusia 30 tahun dan suaminya yang berusia 32 tahun, ditahan di Pejabat SPRM Johor pada jam 11.30 pagi tadi, selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, pada 2020 hingga tahun lalu, wanita terbabit yang bertugas sebagai pembantu tadbir di sebuah jabatan kerajaan di daerah menggunakan kedudukannya dengan memberikan kerja pembekalan kepada syarikat suaminya.

Bagaimanapun, kerja pembekalan yang sepatutnya dibuat oleh syarikat berkenaan, tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias dilaporkan Berita Harian mengesahkan penahanan terbabit dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 dan 18 Akta SPRM 2009.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, esok, bagi mendapatkan permohonan reman.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top