BM | EN | 中文

SPRM tahan 40 pegawai Imigresen, termasuk di Johor

SPRM-MACC.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 NOV: Seramai 40 pegawai Jabatan Imigresen dan tiga orang awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai terlibat kes pemalsuan cop sempadan di Johor dan Selangor.

Utusan Malaysia semalam yang memetik sumber melaporkan, 10 pegawai imigresen ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar di sini hari ini manakala 30 lagi diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Selain itu, tiga orang awam yang disyaki bertindak sebagai orang tengah pula ditahan di sekitar bandar raya ini.

Advertisement

Menurut sumber itu, kegiatan itu melibatkan pasport warga asing yang dicop di sempadan biarpun pemilik dokumen tidak keluar lagi dari negara ini.

SPRM dijangka mendapatkan perintah reman terhadap semua individu terbabit pada esok di Mahkamah Majistret Johor Bahru dan Putrajaya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top