BM | EN | 中文

SPRM siasat syarikat berkait pemerolehan kontrak KKM RM30 juta

suruhanjaya-pencegahan-rasuah-malaysia-SPRM.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terhadap syarikat kontraktor berhubung tawaran kontrak kelengkapan makmal kira-kira RM30 juta, kata sumber agensi antirasuah itu.

Laman The Malaysian Insight yang melaporkan sumber SPRM sebagai berkata, sejak siasatan dimulakan pada 30 April lalu, lima syarikat sudah dipanggil dan banyak lagi syarikat akan dipanggil bagi membantu siasatan.ang terbabit dalam siasatan itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir dalam satu kenyataan menuntut agar SPRM dapat menjalankan siasatan dengan telus dan penuh integriti serta tidak melindungi mana-mana individu dan mereka yang berkepentingan.

Advertisement

“Saya meneliti beberapa laporan akhbar semalam yang menyebut bahawa “Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebuah syarikat yang didakwa mendapat kontrak kelengkapan makmal dianggarkan bernilai RM 30 juta secara tidak layak.”

Kata Akmal menurut sumber yang sama, syarikat itu juga mendapat kontrak membekalkan kelengkapan sistem makmal di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Walaupun pihak SPRM tidak menyatakan Kementerian mana terlibat, susulan daripada pendedahan tersebut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa KKM akan memberikan kerjasama terhadap siasatan oleh SPRM,” katanya.

Advertisement

Akmal berkata, sekiranya dakwaan itu benar, ia merupakan satu pengkhianatan yang amat besar terhadap rakyat Malaysia dalam keadaan negara berdepan dengan wabak bencana Covid-19.

“Ini jelas bahawa perbuatan rasuah mahupun ketirisan akan memangsakan kita semua,” katanya lagi.

Tambah beliau sementara pihak berkuasa menjalankan tugas, Menteri berkenaan wajar tampil menerangkan sama ada kontrak tersebut masih diteruskan, dan wujud penglibatan orang politik atau lantikan politik yang terlibat.

Advertisement

Beliau turut menuntut pendedahan jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh KKM dan kesan penyelewangan ini terhadap usaha menangani jangkitan Covid-19.

“Perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan ke atas kesengsaraan rakyat perlu diambil tindakan tegas dan tanpa kompromi,” katanya lagi.

Sementara itu Pengarah KKM, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama kepada SPRM berhubung siasatan tersebut.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika ditanya pada sidang media petang tadi sama ada siasatan SPRM tersebut mengganggu operasi kementerian tersebut pada masa hadapan.

Dr Noor Hisham bagaimanapun berkata, isu yang melibatkan SPRM sebaiknya dirujuk kepada SPRM dan bukannya pihak KKM.

“Perkara itu mengenai SPRM, jadi sebaik-baiknya kami merujuk perkara ini kepada SRPM. KKM sentiasa memberi kerjasama kepada SPRM kalau diperlukan,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top