KUALA LUMPUR, 19 SEPT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara rasmi telah melancarkan portal berbahasa Mandarin.
Menurut kenyataan dikeluarkan SPRM, portal bahasa itu dilancarkan bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat tentang pencegahan rasuah dan perkara-perkara berkaitan suruhanjaya ini.
“Sehubungan itu, SPRM berharap dengan kemudahan terbaharu ini, ia dapat meningkatkan lagi keyakinan dan pengetahuan masyarakat Cina terhadap SPRM dan agenda antirasuah di samping menyebarluas mesej pendidikan pencegahan rasuah,” menurut kenyataan tersebut.
Portal tersebut dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil di ibu pejabat SPRM di Putrajaya semalam.
Portal berkenaan boleh dilayari di pautan berikut https://www.sprm.gov.my/cn/
Johorkini