BM | EN | 中文

SPRM Kluang tahan ejen hartanah rasuah penguatkuasa

suruhanjaya-pencegahan-rasuah-malaysia-SPRM.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 SEPT: Seorang ejen hartanah bebas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang semalam, kerana dipercayai memberi rasuah RM1,000 kepada anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK).

Bernama melaporkan sumber sebagai berkata, suspek lelaki berusia 41 tahun itu ditahan kira-kira 5 petang di pejabat SPRM Cawangan Kluang, dekat sini, untuk membantu siasatan.

Tambah sumber itu, suspek memberi rasuah itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan atas kesalahan di bawah JPU 24 Undang-Undang Kecil (UUK) 7(1) iaitu mempamerkan beberapa iklan tanpa kebenaran yang kadar kompaun bagi kesalahan tersebut berjumlah RM8,000.

Advertisement

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias yang dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top