BM | EN | 中文

SPRM kesan dua saksi bantu kes salah guna cap sempadan

SPRM-kesan-dua-saksi-bantu-kes-salah-guna-cap-sempadan.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 NOV: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu bagi membantu kes penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara.

SPRM dalam kenyataan semalam memaklumkan, lelaki pertama yang dikesan itu dikenali sebagai Yuen Hon Loong, 49, dengan dua alamat terakhir iaitu di No. 27, Jalan Kota 12, Taman Kota 83700 Yong Peng, Johor dan No. 13A Jalan PJS 1/32, Batu 6 1/2 Jalan Klang Lama, 46000 Petaling Jaya, Selangor.

Lelaki kedua pula dikenali sebagai Teo Hun Siang, 36, dengan tiga alamat terakhir iaitu di 3-2 Residensi Sultan Ismail, No. 12 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur; No. 803, Pekan Baru Juasseh 72500 Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan 77-19-3A Sri Emas Condominium, Jalan Hang Isap Off Jalan Galloway, 50150 Kuala Lumpur.

Advertisement

“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Muhamad Hairi Mustafa Kamal di talian 014-3042 195 atau 03-8870 0512 atau e-mel ke alamat muhamadhairi@sprm.gov.my,” menurut kenyataan itu.

Bernama semalam melaporkan SPRM menahan 46 orang termasuk 27 pegawai Imigresen dalam operasi di beberapa negeri, kelmarin.

Operasi khas yang dinamakan Op Selat itu merupakan ‘sting operation’ yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen hasil risikan dan pemantauan selama enam bulan di pintu masuk dan keluar negara khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), klia2 dan Bangunan Sultan Ismail Johor Bahru.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top