BM | EN | 中文

SPRM kesan dua beradik bantu siasatan kes rasuah

sprm.png

Gambar Ehsan Twitter SPRM

Advertisement

KUALA LUMPUR, 9 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua adik-beradik lelaki, bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan lelaki berkenaan dikenali sebagai Muhammad Sadon, 38, yang mempunyai dua alamat terakhir iaitu di No. 24, Jalan Zapin 3, Taman Skudai Baru, 81300, Johor Bahru, Johor dan 18, Jalan Angsana, Setapak, 53000, Kuala Lumpur.

Abang kepada Muhammad, Mohd Irwan, 40, yang beralamat terakhir di No. 25, Jalan PUJ 2/12, Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor turut dicari, bagi membantu siasatan.

Advertisement

Menurut kenyataan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua individu tersebut, diminta menghubungi pegawai penyiasat Penolong Penguasa Johari Bero di talian 018-383 1622 / 03-8870 0329 atau e-mel ke alamat joharibero@sprm.gov.my.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top