BM | EN | 中文

SPRM Johor tahan tiga lelaki warga India cuba rasuah polis

SPRM-MACC.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 SEPT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan tiga lelaki warga India yang dipercayai memberi rasuah berjumlah RM2,900 kepada anggota polis supaya tindakan tidak diambil ke atas mereka selepas melanggar peraturan.

Menurut sumber, ketiga-tiga individu berusia lingkungan 30-an hingga 40 tahun itu bertugas di Pelabuhan Tanjung Pelepas dan ditahan pada kira-kira 3.30 petang di pejabat SPRM di sini bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan mendapati seorang daripada mereka telah memberi wang tersebut kepada anggota polis supaya tidak diambil tindakan kerana kesalahan melanggar Peraturan Pelan Pemulihan Negara 17(1) Peraturan-Peraturan dan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata kesemua suspek ditahan kerana berkumpul.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana Iebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias, ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top