BM | EN | 中文

SPRM Johor tahan semula bekas pengurus GLC

sprm.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 JAN: Seorang bekas pengurus sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) sekali lagi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa melibatkan pemberian projek-projek kepada dua anaknya bernilai lebih RM50,000.

Menurut sumber, lelaki berumur 61 tahun yang sepatutnya dibebaskan daripada tahanan reman semalam ditahan semula di pejabat SPRM Johor bersama dua anak lelakinya masing-masing berumur 28 dan 34 tahun antara jam 4 hingga 4.30 petang selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, sekitar Disember tahun lepas, lelaki berkenaan yang sebelum ini bertugas sebagai pengurus GLC di Segamat, telah memberikan beberapa kerja kepada dua anaknya yang memiliki syarikat sendiri.

Advertisement

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias dilaporkan semalam mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Kesemua lelaki berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini bagi permohonan reman.

Pada 5 Januari lepas, bekas pengurus syarikat GLC berkenaan bersama seorang pengurus syarikat lain, ditahan untuk membantu siasatan berkenaan kes rasuah melibatkan nilai kira-kira RM500,000, tiga tahun lepas.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top