BM | EN | 中文

SPRM Johor tahan penjawat awam palsukan butiran syarikat RM1.03 juta

SPRM.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 OGOS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas pembantu tadbir Gred N19 bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan kedudukannya, baru-baru ini.

SPRM Johor dalam satu kenyataan memberitahu, bekas penjawat awam berusia 35 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor di sini pada jam 11 pagi Ahad.

“Siasatan yang dijalankan mendapati suspek semasa bertugas sebagai Pembantu Tadbir di pejabat kerajaan negeri telah menggunakan kedudukannya sebagai urusetia dalam Jawatankuasa Sebutharga untuk mendapatkan kerja-kerja pembekalan ‘toner’ bagi pencetak.

Advertisement

“Lelaki itu telah memalsukan butiran pemilikan tiga syarikat miliknya bernilai lebih kurang RM1.03 juta dari tahun 2016 hingga 2019,” kata kenyataan itu, lapor Utusan Online.

Kes disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut, namun enggan mengulas lanjut.

Advertisement

Johokini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top