BM | EN | 中文

SPRM Johor serah kertas siasatan kes kartel daging ke pejabat Peguam Negara

SPRM-Johor-serah-kertas-siasatan-kepada-Pejabat-Peguam-Negara.jpg

Datuk Azmi Alias (dua dari kiri) pada majlis pelancaran CPP (Cakera Padat Pencegahan) di SPRM Johor semalam

Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 MAC; Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah menyerahkan kertas siasatan berkaitan kes kartel penyeludupan daging sejuk beku di sebuah gudang di Senai, dekat sini awal bulan lalu.

Pengarahnya, Datuk Azmi Alias berkata, siasatan secara terperinci telah dijalankan sejak Disember tahun lalu bagi mengumpulkan bukti-bukti berkaitan kegiatan berkenaan.

Katanya, 12 suspek telah dikenal pasti terlibat dengan kes kartel daging yang terdiri daripada pemilik syarikat, kakitangan agensi kerajaan dan penguatkuasa serta agen penghantar.

Advertisement

“Kes kartel daging ini telah disiasat sejak bulan Disember lalu, di mana kertas siasatan telah pun siap sepenuhnya dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

“Peguam Negara akan buat keputuasan, jika dibenarkan dakwa kita akan dakwa. Apa pun pegawai SPRM Johor telah kumpulkan bukti dan kemukakan seramai 12 suspek yang terlibat dengan kartel daging,” katanya, lapor Utusan Online

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran CPP ( Cakera Padat Pencegahan) di SPRM Johor di sini semalam.

Advertisement

Hadir merasmikan majlis ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya ( Pencegahan ) SPRM, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd. Jamil.

Kegiatan kartel mengimport daging dari beberapa negara yang tidak halal dengan meletakkan logo halal palsu untuk dijual dan dibekalkan di pasaran tempatan terbongkar selepas akhbar tempatan melaporkan perkara tersebut pada Disember tahun lalu.

Serbuan dilakukan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) serta beberapa agensi lain di sebuah gudang di Senai itu mendedahkan kegiatan kartel daging tersebut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top