BM | EN | 中文

SPRM gagal gantung keputusan lucut hak wang lebih RM950,000 BN Johor Bahru

sprm.jpeg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 SEPT: Pihak pendakwaan hari ini gagal menggantung pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya bagi melucut hak wang berjumlah RM957,395.65 daripada Barisan Nasional (BN) Johor Bahru dan dua lagi.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonan untuk menggantung pelaksanaan keputusan itu ke atas BN Johor Bahru, Pengerusinya iaitu Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Bendaharinya, Raihan Baba.

Wang itu, yang didakwa diterima daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dipercayai mempunyai kaitan dengan skandal 1MDB, telah disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lepas.

Advertisement

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membuat keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak dalam prosiding hari ini.

“Setelah meneliti permohonan pemohon (pendakwaan) dan mempertimbang hujah-hujah, saya mendapati bahawa permohonan ini tidak menepati maksud Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah. Saya dengan ini menolak permohonan tersebut,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Maziah Mohaidi berkata pihaknya memohon mahkamah membenarkan penggantungan itu sementara menunggu rayuan selesai.

Advertisement

Peguam Syahrul Syazwan Salehin berkata jika mahkamah membenarkan penangguhan itu, ini bermakna mahkamah berpaling daripada dapatannya sendiri semasa menolak permohonan lucut hak.

“Kedua, mahkamah akan membiarkan satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang apabila membiarkan harta responden terus ditahan secara tidak sah,” katanya.

Pada 9 Jun lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan pendakwaan untuk melucut hak wang daripada ketiga-tiga responden.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top