BM | EN | 中文

SPRM dan polis perlu jelaskan kehilangan USD6 juta – Guan Eng

Lim-Guan-Eng.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 27 SEPT: Ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis memberi penjelasan mengenai kehilangan barang kes rasuah melibatkan wang tunai USD6 juta (RM25 juta).

Katanya, tindakan Menteri Undang-Undang, Wan Junaidi Tuanku Jaafar mempertahankan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dan agensi itu menyiasat sendiri kehilangan barang kes berkenaan bertentangan kedaulatan undang-undang, urus tadbir baik, ketelusan, integriti dan akauntabiliti awam.

Beliau berkata, Azam turut mendapat tekanan daripada orang awam supaya mengambil cuti rehat bagi memastikan tiada campur tangan dalam siasatan itu.

Advertisement

“Ini telah mencetuskan persepsi negatif dan kecurigaan orang awam terhadap campur tangan pada tahap tertinggi, ketika pegawai SPRM yang didakwa terlibat dalam kehilangan barang kes, direman 12 hari lalu dan SPRM hanya mengeluarkan kenyataan rasmi setelah tempoh reman berakhir,” katanya, lapor Roketkini.

Guan Eng mengulas penahanan tiga pegawai kanan SPRM atas penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan berhubung kehilangan barang kes milik bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid.

Setiausaha Agung DAP itu menjelaskan, tindakan itu berbeza dengan amalan SPRM yang “sengaja dan cepat mendedahkan maklumat” kepada media mengenai ahli politik pembangkang yang ditahan atau akan didakwa di mahkamah kemudian hari.

Advertisement

Atas sebab ini, katanya, Azam perlu mengambil cuti kerana beliau dilihat sebagai batu penghalang terhadap siasatan bebas dan mengikut lunas undang-undang tanpa rasa takut atau pilih kasih.

“Bagaimana SPRM boleh dipercayai untuk menyiasat dirinya sendiri di atas kesalahan jenayah tersebut?

“Perkara ini juga perlu dikendalikan polis apabila kes kecurian tidak berada di bawah bidang kuasa SPRM.

Advertisement

“Skandal USD6 juta ini semakin mengukuh dan menambah kurangnya keyakinan orang awam terhadap integriti dan kredibiliti SPRM untuk menjalankan siasatan kes rasuah secara bebas tanpa campur tangan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top