BM | EN | 中文

SPR SIAP SEDIA HADAPI FAKTOR CUACA DI PRK TANJUNG PIAI

Elias.jpg

PONTIAN, 7 OKT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan berikutan faktor cuaca yang tidak menentu pada pilihanraya kecil (PRK) Tanjung Piai, 16 November nanti.

Setiausahanya, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat khas bersama jabatan dan agensi di daerah ini dalam mempersiapkan jentera berkaitan untuk memudahkan urusan pengundian.

“Kita memang sedang berurusan dengan Jabatan Kaji Cuaca (Meteorologi) untuk melihat ramalan kaji cuaca, dan semua jabatan-jabatan yang terlibat dengan bantuan kecemasan.

“Pagi ini mesyuarat telah dijalankan di pejabat daerah dan difahamkan mereka sedang bekerjasama dengan beberapa agensi.

Elias (kiri) memberikan taklimat kepada petugas SPR

“Kita mengambilkira semua faktor tersebut. Sudah tentu kita akan membuat persediaan,” katanya kepada wartawan selepas melawat salah satu pusat pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Chao di Pekan Kukup, di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, PRK Tanjung Piai tidak akan bertembung dengan mana-mana peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang bakal diadakan diantara 14 Oktober hingga 28 November 2019.

Menurutnya, tarikh pengundian pada 16 November nanti adalah hari cuti kepada calon-calon yang menduduki kertas SPM.

“Bila ada ujian SPM, yang menjadi keutamaan (bagi peperiksan) ialah dewan besar, yang tak boleh digunakan.

“Kita akan guna bilik darjah (bagi proses pengundian).

“Tiada ujian yang berlangsung pada hari Sabtu (16 November), dan hari Jumaat pula adalah hari cuti di Johor,” katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan, Pegawai Daerah Pontian, Zulkifli Ismail dilantik sebagai Pengurus PRK P165 Tanjung Piai.

 

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top