BM | EN | 中文

SPR perlu segera keluarkan SOP PRN lebih jelas, teliti – DAPSY Melaka

PRN-Melaka.png
Advertisement

MELAKA, 2 NOV: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) digesa mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang jelas dan terperinci untuk Pilihan Raya Negeri Melaka yang bakal menjelang.

Setiausaha DAPSY Melaka, Danish Zainudin berkata, SOP yang jelas penting kerana ini akan mempengaruhi peratusan keluar mengundi pada 20 November 2021 nanti.

“Bagaimana hendak berkempen dan mengundi dengan adil jika semua ini belum ditentukan?” kata Danish dalam satu kenyataan, lapor Roketkini.

Advertisement

Beliau yang juga merupakan penyelaras DAP DUN Pengkalan Batu berkata SPR perlu mengeluarkan SOP yang lebih jelas agar tiada pelanggaran SOP berlaku.

Dalam masa yang sama katanya, kerajaan juga perlu untuk menyampaikan segala maklumat berkaitan pilihan raya negeri dengan meluas serta jelas kepada para pengundi.

“Kita juga bimbang jika tanpa adanya SOP yang jelas, penularan kes atau wujudnya kluster baharu berlaku dalam pilihan raya negeri kali ini,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Tarikh-tarikh penting yang telah ditetapkan SPR berkait PRN Melaka 2021:

Tarikh Keluar Writ : 18 Oktober 2021 (Isnin)

Advertisement

Hari Penamaan Calon : 8 November 2021 (Isnin)

Hari Mengundi Awal : 16 November 2021 (Selasa)

Hari Mengundi : 20 November 2021 (Sabtu)

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top