BM | EN | 中文

SPR perlu buka pendaftaran pengundi pos di luar negara

Chew-Chong-Sin.jpeg

KLUANG, 19 JAN: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka pendaftaran pengundi pos di luar negara dan menubuhkan pusat mengundi di kedutaan di negara yang terdapat ramai warganegara Malaysia.

Katanya antara negara yang mempunyai ramai warganegara Malaysia ialah di Singapura, Shanghai, China dan London, Englad.

Menurut Chew pilihan raya negeri (PRN) Johor mungkin akan diadakan paling awal pada akhir bulan Februari, manakala Pilihan Raya Umum (PRU) juga berkemungkinan akan diadakan sebelum akhir tahun ini.

“Oleh itu, pihak SPR harus kini membuka permohonan pengundi pos di luar negara kepada jutaan warganegara Malaysia yang berada di seluruh pelosok dunia.

“Ini bukan sahaja akan memberikan masa yang mencukupi bagi membuat semakan dan kelulusan, juga membolehkan rakyat Malaysia di luar negara merancang perjalanan mereka lebih awal,” kata Chew dalam satu kenyataan.

Beliau turut mengingatkan SPR bahawa kkaedah pendaftaran undi pos kepada warganegara Malaysia di luar negara pada dua pilihan raya yang lalu berhadapan banyak isu.

“Buktinya, pada tahun 2013, kertas undi dibenarkan untuk diambil di beberapa pejabat kedutaan di luar negara.

“Namun begitu, tiada pengawasan yang sepatutnya dilakukan ketika proses pengeluaran atau penandaan undi.

“Selain itu, pada tahun 2018, kertas undi telah dihantar terus ke alamat pengundi pos di luar negara. Sungguhpun demikian, kebanyakan mereka tidak menerima atau dapat menghantar semula undi mereka tepat pada masanya,” ujarnya lagi.

Tambah Chew SPR perlu membenarkan pejabat kedutaan di luar negara dijadikan sebagai pusat pengundian untuk pilihan raya kali ini agar dapat memberi ruang kepada pengundi berdaftar untuk mengambil kertas undi dan terus mengundi di pejabat kedutaan dalam tempoh lebih dua hingga tiga hari sebelum hari pengundian di Malaysia.

“Dewan Undangan Negeri Melaka telah dibubarkan pada 4 Oktober, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian ditetapkan pada 8 dan 20 November masing-masing.

“SPR telah menghantar sebanyak 7,601 undi pos pada hari selepas tarikh penamaan calon (9 November).

“Pihak SPR telah mengumumkan dalam pewartaannya pada 18 Oktober bahawa pengundi ngeri Melaka yang menetap di Selatan Thailand, Singapura, Brunei dan Kalimantan dibenarkan mendaftar sebagai pengundi pos, jika mereka mendaftar di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) antara 20 Oktober hingga 1 November,” ujarnya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top