BM | EN | 中文

SPR maklumkan kekosongan kerusi DUN Chini, Pahang

spr.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 6 MEI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan kekosngan kerusi Dewan Undangan Chini, Pahang berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun.

“SPR mengambil maklum kekosongan kerusi DUN N23 Chini dan perlu menunggu pemakluman rasmi daripada Speaker DU Pahang sebelum mengambil tindakan selanjutnya untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut,” kenyataan SPR dipetik.

Dalam pada itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya tersebut

Advertisement

“Tarikh mesyuarat berkenaan akan dimaklumkan kemudian oleh pihak SPR,” tambah kenyataan tersebut.

Adun Chini yang berada dalam Parlimen Pekan, Pahang, Datuk Seri Abu Bakar Harun, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal pagi.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira 3 pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.

Advertisement

Pada Pilihan Raya Umum 2018, Abu Bakar selaku wakil Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi N23 DUN Chini yang disandangnya dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 7,675 undi.

Pada pertembungan itu, beliau menewaskan wakil Gabungan Sejahtera (GS) daripada PAS, Muhd Fadhil Noor Abdul Karim, yang memperoleh 4,622 undi dan wakil PKR yang mewakili Pakatan Harapan, Mohamad Razali Ithnain, yang mendapat 1,065 undi.

Kawasan Parlimen P085 Pekan mempunyai empat kawasan DUN iaitu N20 Pulau Manis, N21 Peramu Jaya, N22 Bebar, dan N23 Chini.

Advertisement

Semua kerusi DUN dalam Parlimen berkenaan dikuasai oleh BN menerusi calon UMNO.

Kerusi Parlimen Pekan dikuasai penyandangnya yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selama 11 penggal berturut-turut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top