BM | EN | 中文

SPR JANGKA 70 PERATUS KELUAR MENGUNDI

hari-pengundian-22.jpg
Advertisement

PONTIAN, 16 NOV: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan kira-kira 70 peratus pengundi akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil (PRK) parlimen Tanjung Piai, hari ini.

Justeru, Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun menyeru kepada pengundi yang masih belum menunaikan tangungjawab mereka agar segera ke tempat pengundian sebelum ditutup jam 5.30 petang ini.

“Saya rasa sasaran 70 peratus pengundi keluar boleh dicapai.

Advertisement

“Para penganalisa juga turut menjangkakan di antara 65 hingga 70 peratus pengundi keluar mengundi,” katanya.

Difahamkan, peratusan keluar mengundi dicatatkan pada kadar 51 peratus setakat jam 2.30 petang ini.

Dalam pada itu, kata Azhar, Jabatan Kaji Cuaca turut meramalkan hujan berserta ribut petir pada sebelah petang di kawasan parlimen Tanjung Piai.

Advertisement

“Saya menyeru semua pengundi segera keluar kerana dijangkakan hujan dan ribut petir melanda kawasan ini.

“Kita berharap ramalan ini tidak betul,” kata Azhar berseloroh.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top