BM | EN | 中文

SPM: 288 sekolah Johor jalani sanitasi dan disinfeksi

288-sekolah-Johor-disanitasi-sedia-jalani-SPM.jpg

Gambar Ehsan FB Komuniti Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 FEB: Sebanyak 288 sekolah menengah di negeri ini yang terbabit dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula esok sudah menjalani proses sanitasi dan disinfeksi.

Ia membabitkan sekolah menengah kebangsaan (SMK), sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dan sekolah menengah agama (SMA).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahaya Madis, berkata proses sanitasi itu membabitkan dewan sekolah dan bilik darjah yang akan digunakan untuk peperiksaan berkenaan.

Advertisement

Katanya proses berkenaan dilakukan pelbagai pihak termasuk bomba, Jabatan Kesihatan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan guru.

“Proses sanitasi sekolah sebagai persediaan menghadapi SPM ini sudah dimulakan sejak dua hari lalu. Pihak kami akan membuat sanitasi sekali dan jika terdapat kes dilaporkan, kami akan datang untuk melakukan sanitasi semula.

“Sebanyak 35 sanitasi di sekolah dijalankan oleh bomba berdasarkan permohonan pihak sekolah.

Advertisement

“Proses sanitasi ini bagi memastikan pelajar dalam keadaan selamat apabila menduduki peperiksaan, sekali gus keluarga yakin dengan pihak sekolah,” katanya, lapor BH Online.

Beliau berkata demikian selepas meninjau proses sanitasi dijalankan 25 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau di SMK Majidee Baru 2, Kangkar Tebrau, di sini, hari ini.

Proses sanitasi itu membabitkan dewan peperiksaan, dua bilik kuarantin dan kelas yang akan menempatkan calon peperiksaan SPM.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top