BM | EN | 中文

Spider, ‘serangga’ genius dari Johor

28167074_10156182276471468_1881729483360324415_n.jpg

Foto dari Facebook Spider

Advertisement

ERA jatuh rock kapak di Malaysia lewat 90-an mengubah bentuk dan rupa industri muzik Malaysia.

Bertambah sakit apabila kebanjiran band dari Indonesia menguasai telinga dan hati orang Malaysia. Waktu ini, buat band rock di Malaysia umpama curah air ke daun keladi – hanya sia-sia.

Ketika hampir semua stesen radio tempatan lebih mengutamakan band Indonesia (sebahagiannya mempunyai carta khusus bagi lagu-lagu dari seberang), sekumpulan anak muda dengan berani dan selamba tubuhkan band rock.

Advertisement

Namanya agak kelakar, Spider. Tanpa ambil pot dengan situasi industri, band ini terus bikin lagu-lagu padu dan sedap.

Berguru dengan dua orang otai – M.Nasir dan Rosli Khamis (Loloq), kumpulan yang terdiri daripada 3 orang anak Johor ini menerbitkan album pertama berjudul ‘Ngam Ho’ pada 1999 – tiga tahun selepas band ditubuhkan.

Album Ngam Ho berani dan selamba. Tidak mengada tidak meleret. Dengan rentak deras ala ska dan lirik kutu dari Loloq. Ngam Ho jadi permulaan bergaya band dari selatan tanah air.

Advertisement

Lu kaya ada kaya lagi
Lu lawa ada lawa lagi,
Ada mawar mesti ada duri,
Takut sakit baik pergi mati.

Ngam Ho, 1999

Tahun 2002, Spider datang dengan lagu hit sinikal budaya bodek-membodek orang kita, Aladin. ‘Gosok jangan tak gosok’ jadi sindir paling catchy waktu itu. Kekal, Kasih Latifah dan Laukku Cukup Masin sebab besar album ini terjual 60,000 unit.

Advertisement

Album ketiga mereka, Nazraku menang anugerah Album Terbaik AIM 12. Setakat hari ini, Spider telah menghasilkan 10 album, yang terakhir Ankabut pada 2016.

Bermula sebagai ‘budak’ Luncai Emas, mereka pernah mengakui M. Nasir mulanya tidak gemar dengan nama itu. Alasan M. Nasir kerana nama itu agak ‘berat’.

Bersama arwah Loloq, mereka perah kepala untuk dapatkan nama yang sesuai, tapi tidak ketemu.

Advertisement

Akhirnya, mereka teruskan sahaja dengan Spider, serangga genius dari Johor.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top