BM | EN | 中文

Speaker DUN Johor puji Klinik Kesihatan Pekan Nanas

suhaizan-kaiat.jpg
Advertisement

PONTIAN, 8 OKT: Speaker Dewan Negeri (Dun) Johor, Suhaizan Kaiat memuji kaedah dilakukan klinik kesihatan Pekan Nenas menggunakan cara pandu lalu untuk melakuka pemeriksaan saringan Covid-19.

Katanya, cara itu memudahkan mereka yang mahu melakukan pemeriksaan swab dengan cara tanpa turun dari kenderaan mereka.

“Ini suatu langkah yang efisyen dan ia sangat berkesan serta menjimatkan masa. Saya tak perlu turun dari kereta bagi pemeriksaan tersebut.

Advertisement

“Tahniah kepada semua pegawai dan kakitangan yang bertugas kerana menggunakan kaedah ini. Keputusan saringan juga dapat diketahui dalam sekitar 10 minit sahaja.

“Tahniah sekali lagi kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga klinik kesihatan Pekan Nenas. Saya mendoakan agar mereka semua dilindungi serta diberkati, Insya Allah,” ujarnya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Suhaizan melakukan saringan tersebut melalui inisiatif sendiri selepas pulang dari Sabah pada 25 September lalu.

Advertisement

Tambahnya, beliau turut melakukan pengasingan kendiri sejurus sahaja tiba dari Sabah serta tidak bertemu dengan mana-mana pihak.

“Alhamdulillah keputusan saya negatif untuk saringan Covid 19 kali kedua dan hari ini telah memasuki hari ke 13 selepas pulang dari Sabah.

“Dalam tempoh tersebut saya mengambil langkah untuk melakukan pengasingan kendiri secara sukarela bagi tujuan langkah berjaga-jaga dalam isu Covid ini.

Advertisement

“Pihak kesihatan telah mengesahkan saya bebas dari Covid 19 dan Insya Allah saya akan mula menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat ini,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top