BM | EN | 中文

Speaker Dewan Rakyat perlu segera temui PM, tetapkan tarikh sidang Parlimen

Azhar-Azizan-Harun-Speaker-Dewan-Rakyat.jpg

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun (Gambar Ehsan The Star)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 25 FEB: Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun harus segera bertemu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menetapkan tarikh seawal mungkin bagi sesi persidangan Parlimen.

Ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, ia berikutan titah Yang di-Pertuan Agong semalam, bahawa proklamasi darurat tidak melarang sidang parlimen atau membatalkan fungsi dan kuasa perlembagaannya.

“Sebagai speaker parlimen, Azhar harus menjunjung, mempertahankan dan memelihara kebebasan, kedaulatan dan kuasa tunggal Parlimen dengan mengembalikan fungsi dan tanggungjawabnya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Advertisement

“Malangnya Azhar gagal menjalankan tugasnya dengan membenarkan pihak eksekutif untuk menggantikan dan mengatasi kedaulatan Parlimen dengan menyokong dan bukannya mengecam penggantungan parlimen,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Mantan menteri kewangan itu berkata, YDP Agong telah menunjukkan kesedaran lebih tinggi berbanding Azhar mengenai kepentingan parlimen dan menghormati mandat pilihan raya daripada rakyat.

“Azhar tidak boleh sekadar duduk, goyang kaki dan menunggu perkembangan atau arahan perdana menteri, yang semestinya ingin menangguhkan sidang parlimen.

Advertisement

“Azhar harus menyesali kegagalannya dan menebus kesilapan masa lalu dengan mendesak sesi parlimen seawal mungkin untuk mengembalikan demokrasi dan kuasa rakyat,” ujar Guan Eng lagi.

Ujarnya lagi, oleh kerana Azhar sendiri dipanggil mengadap Agong berkenaan perkara ini. beliau harus menganggap perkara mengadakan sidang Parlimen seawal mungkin ini sebagai satu keutamaan.

“Pemimpin PH juga akan meminta pertemuan seawal mungkin dengan Azhar untuk menyampaikan kepentingan mengembalikan demokrasi parlimen agar kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat, tidak akan lenyap di bawah kerajaan PN,” kata Guan Eng lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top