BM | EN | 中文

SOP solat berjemaah di masjid, upacara di rumah ibadat diperhalusi

Solat-tarawih-dengan-jemaah-empat-orang-di-Masjid-Nagara.jpg

Solat tarawih dengan jemaah empat orang di Masjid Nagara (Gambar Ehsan Malaysiakini / Mukhriz Hazim)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 MEII: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang memperhalusi tatacara atau SOP mengenai solat berjemaah di masjid, termasuk solat Jumaat

Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin berkata selepas SOP ini dimuktamadkan ia akan dipersembahkan kepada DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja selaku Ketua Agama Islam persekutuan dan negeri-negeri.

Tambah beliau, selepas diperkenankan kerajaan akan membuat pengumuman berhubung kebenaran untuk bersolat jemaah di masjid.

Advertisement

“Saya tahu ramai umat Islam rindu untuk ke masjid, terutamanya untuk mendirikan solat Jumaat, solat terawih dan solat lima waktu.

“InsyaAllah, kita doakan keadaan akan bertambah baik. Tambahan pula telah banyak kawasan-kawasan hijau di seluruh negara. Dengan pelaksanaan SOP yang teratur, saya percaya masjid-masjid di kawasan ini telah bersedia untuk dibuka kepada ahli-ahli kariah.

“Berikan sedikit masa kepada pihak berkuasa agama Islam untuk memperhalusi SOP yang berkaitan.

Advertisement

“InsyaAllah, dalam masa terdekat ini kita boleh menunaikan ibadat kita dengan lebih sempurna dan syiar Islam akan bersinar semula,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi media utama negara hari ini.

Dalam pada itu katanya, kerajaan akan turut mengumumkan SOP tertentu bagi rumah ibadat penganut agama Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan lain-lain.

“(Ini) untuk membolehkan saudara-saudari yang beragama bukan Islam mengerjakan ibadat di rumah ibadat masing-masing,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top