BM | EN | 中文

SOP PKP: Rakyat berhak beri pandangan

Zainulzabha.jpg

Zainuzabha Baharom

Advertisement

PONTIAN, 2 MAC : Rakyat berhak menyatakan pandangan susulan keputusan kerajaan sebelum ini yang menetapkan SOP secara melulu dan tidak terancang.

Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Zainuzabha Baharom berkata, antaranya isu rentas sempadan dan sebagainya yang memberi kesan kepada pelbagai pihak seperti peniaga, pengusaha ekonomi dan sektor pendidikan.

“Kita dapat lihat bagaimana kekalutan berlaku apabila SOP kerajaan berubah-ubah dan tidak menyelesaikan masalah rakyat.

Advertisement

“Akhirnya rakyat menjadi keliru dan mereka terpaksa berhadapan pelbagai cabaran dalam menguruskan kehidupan seharian,” katanya.

Beliau mencadangkan kerajaan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan untuk membuat keputusan berkenaan SOP yang mahu ditetapkan.

“Kena ada penilaian dari wakil pelbagai pihak contohnya ibu bapa, peniaga kecil, pengusaha ekonomi dan pelbagai lagi.

Advertisement

“Suara mereka perlu didengari bagi memudahkan kerajaan membuat keputusan.

“Kita tidak mahu SOP syok sendiri. Akhirnya rakyat menjadi keliru,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top