BM | EN | 中文

SOP patut dikaji semula secara holistik, berasaskan data – TMJ

TMJ.jpg

Gambar Ehsan FB HRH Crown Prince Of Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 JUL: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah agar prosedur operasi standard (SOP) dikaji semula secara holistik dan berasaskan data yang sahih.

Titah baginda itu dipercayai merujuk kepada SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan oleh kerajaan.

“..SOP patut dikaji semula secara holistik dan berasaskan data yang sahih. Setakat mengurung rakyat sudah tidak lagi relevan,” titah baginda.

Advertisement

Sehingga kini titah baginda statistik Covid-19 masih menunjukan jumlah kes harian yang tinggi.

“Rakyat kini sudah dikurung hampir dua bulan dan saya bimbang rakyat kini mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal yang teruk,” titah baginda seperti yang disiarkan di laman Facebook rasminya, hari ini.

Selain itu titah baginda, penggunaan ‘rapid test kit’ dan test kit peribadi juga perlu diperkenalkan secepat mungkin untuk semua orang dan digunakan secara meluas khususnya untuk sektor-sektor yang penting selain daripada para barisan hadapan.

Advertisement

“..khususnya sektor kritikal yang melibatkan pemprosesan ubatan, bahan makanan dan barang keperluan asas.

“Rakyat juga patut disaringkan secara meluas dan divaksinasi secepat mungkin,” katanya lagi.

Terdahulu hari ini, Tunku Ismail menerima mengadap Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Exco Pelancongan, Belia dan Sukan, Onn Hafiz Ghazi.

Advertisement

Baginda menitahkan agar kerajaan negeri mempercepatkan lagi pelaksanaan inisiatif-inisiatif melawan pandemik Covid-19 yang kini dalam keadaan yang kritikal.

“Saya juga telah menitahkan agar proses vaksinasi untuk Bangsa Johor dipercepatkan melalui pelbagai inisiatif, termasuk untuk kerajaan negeri Johor memperolehi vaksin secara pembelian terus.

“Dengan ini, saya berharap kita akan berjaya mengatasi pandemik ini,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top