BM | EN | 中文

SOP: Henti ugut rakyat, lebih baik kerajaan fokus bantu

Rozita-Abdul.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 SEPT: Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor menyelar kenyataan Presiden Sekretariat Suara Pengguna Prihatin Malaysia (SPPM), Normala Sudirman yang mencadangkan kerajaan menarik semula kelonggaran seandainya rakyat melanggar SOP.

Timbalan Ketua Angkatan Wanita AMANAH (AWAN) Johor, Rozita Abdul ketika dihubungi berkata, kenyataan Normala itu seperti tidak berpijak kepada bumi yang nyata.

Kata Rozita lagi, Normala seharusnya menggalakan kerajaan memberikan penerangan yang jelas berkenaan SOP, bukan mengugut rakyat.

Advertisement

“Ugutan terhadap rakyat ini adalah sebagai suatu hukuman kepada rakyat selepas mereka berhadapan dengan pelbagai cabaran yang dihadapi sepanjang Covid melanda.

“Kenyataan dan saranan itu tidak masuk akal langsung kerana ia langsung tidak membantu keadaan untuk menjadi lebih baik malah ia akan membuatkan rakyat lebih tidak menghiraukan ugutan tersebut.

“Beliau perlu tahu apa yang terjadi sebenarnya. Apakah beliau tahu keadaan rakyat semakin teruk dari segi ekonomi dan sosial mereka?

Advertisement

“Ini kenyataan yang tidak wajar dikeluarkan oleh pihak seperti dirinya (Normala). Seharusnya beliau membantu memberikan penerangan kepada orang ramai berkenaan pematuhan SOP bukan sibuk mahu menghukum,” jelasnya.

Normala sebelum ini berkata, penduduk di Negeri Sembilan, Pahang dan Johor perlu terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana fasa baharu itu perlu dikekalkan sehingga memasuki fasa berikutnya.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai tidak seharusnya mengabaikan SOP dengan berfikiran mereka ‘sudah bebas’ atau sudah berada dalam ‘zon selamat’.

Advertisement

Beliau turut menyatakan agar kerajaan menarik semula kelonggaran yang diberi jika rakyat masih berdegil dan tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top