BM | EN | 中文

SOP Covid-19: Sebanyak 3,015 kompaun ingkar dikeluarkan di Johor semenjak Fasa 1 PPN

cover-covid-johor-01.jpg
Advertisement

KLUANG, 24 OKT: Sebanyak 3,015 kompaun dikeluarkan pihak berkuasa di Johor atas kesalahan ingkar terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), sejak pelaksanaan Fasa 1 hingga Khamis lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kompaun berkenaan merangkumi PPN Fasa 1 sebanyak 1,876 kompaun, Fasa 2 (327 kompaun) dan Fasa 3 (812 kompaun).

Beliau berkata sejak 1 Okt hingga kini pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap 8,838 orang di pusat beli•belah, taman rekreasi (4,400 orang), taman permainan (1,910 orang), tempat perkelahan (1,598 orang) dan tapak perkhemahan (51 orang).

Advertisement

“Daripada jumlah berkenaan seramai 8,665 individu telah diberikan nasihat manakala 41 daripadanya dikenakan kompaun atas kegagalan menglkut SOP COVID-19.

“Jumlah kompaun adalah berbeza-beza namun pelanggaran SOP di pusat hiburan kita akan memberikan kompaun maksimum,” katanya kepada pemberita selepas metawat kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Machap arah Setatan di sini semalam.

Ayob Khan berkata pihaknya turut melakukan pemantauan dan pengoperasian di seluruh R&R dan hentian sebelah di lebuh raya bermula 15 Okt bagi memastikan pematuhan pengguna terhadap SOP yang ditetapkan.

Advertisement

Menurut beliau sejumlah 711 pemeriksaan dilakukan di tiga R&R dan lima hentian sebelah arah Selatan serta dua R&R dan lima hentian sebelah arah Utara di Lebuhraya PLUS selain dua R&R di Lebuhraya Link Kedua.

“Pemantauan ini akan dilakukan oleh pihak polis dari semasa ke semasa bagi memastikan SOP dipatuhi tanpa gagar katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top