BM | EN | 中文

SONNY BILL WILLIAMS MOHON MAAF PADA JURUGAMBAR MALAYSIA

sukan.jpg
Advertisement

PEMAIN All Blacks, Sonny Bill Williams sekali lagi menunjukkan sikapnya yang terpuji selepas dengan rendah dirinya memohon maaf terhadap seorang jurugambar tempatan kerana memuat naik sekeping gambar di Instagram tanpa memberi sebarang kredit.

Williams memuat naik gambar yang dirakam oleh seorang jurugambar Malaysia yang bernama Faiz Azizan, yang menunjukkan beliau dan rakan sepasukannya, Ofa Tu’ungafasi, yang memeluk agama Islam awal tahun ini, berdoa sebelum perlawanan bermula.

Menurut laporan AFP, gambar tersebut diturunkan Instagram atas alasan isu hak cipta, yang menyebabkan Williams menghantar mesej kedua bagi mempersoalkan tindakan tersebut.

Advertisement

“Sudah pasti gambar mudah mengenai seseorang meluahkan kesyukuran terhadap apa dikurniakan terhadap mereka sesuatu yang OK?” soal Williams.

Setelah menyedari kesalahannya itu, Williams segera memuat naik semula gambar yang sama di Instagram dan memberikan kredit kepada Faiz.

“Asalamualaikum saudara, maafkan saya kerana silap faham ini,”

Advertisement

“Saya diberikan gambar yang tidak disertakan nama anda, jika saya tahu saya pasti akan tag anda sebelum memuat naik gambar itu kerana anda merakam detik yang indah.”

Beliau turut memohon maaf kepada Instagram kerana kekeliruan yang ditimbulkannya itu.

 

Advertisement

Sumber: Harian Metro, AFP

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top